Bahaya Pencemaran Sisa Toksik Terhadap Manusia dan Ekosistem.
ARTIKEL
Sedarkah anda bahawa isu pencemaran sisa toksik bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia ini? Namun apakah punca yang membawa kepada berlakunya isu ini? Secara mudahnya, punca bagi isu ini tidak lain tidak bukan disebabkan oleh tangan manusia itu sendiri yang tidak tahu menghargai keindahan alam sekitar yang telah diciptakan oleh Ilahi.
Antara punca yang selalu diutarakan adalah pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang yang seterusnya mengalir ke sungai yang berdekatan. Kebanyakannya sisa yang dibuang adalah dalam bentuk pepejal dan cecair. Selain itu, sikap manusia yang tidak bertanggungjawab menjadi punca kerana pengurusan sampah yang tidak efektif. Sebagai contoh, tidak mengasingkan sampah yang bertoksik dan juga tabiat membuang sampah merata-rata.
Penggunaan pestisid dan insektisid dalam aktiviti pertanian juga menjadi penyebab kerana ia mencemarkan sumber air. Di samping itu, pembuangan sisa minyak di laut pula menghalang sinaran matahari ke dasar laut lantas menutup sumber tumbuhan akuatik untuk menghasilkan makanan. Hal ini akan pastinya mengganggu ekosistem marin.
Sedar atau tidak banyak lagi punca akibat perbuatan manusia yang dapat disenaraikan. Hal ini secara dasarnya akibat sikap manusia yang mementingkan keuntungan diri sendiri dengan sanggup mengorbankan alam sekitar ini.
Maka, daripada rentetan ini telah meninggalkan kesan yang begitu ketara kepada manusia. Bukankah perkara itu membebankan manusia? Jadi, kesan ini terbahagi kepada dua iaitu kesan kepada alam sekeliling dan juga kesan kepada manusia. Pertama sekali adalah kesan kepada alam sekeliling. Antaranya ialah boleh menyebabkan pelupusan spesies flora dan fauna. Perkara ini amatlah merisaukan apabila pelupusan sebegini semakin berlaku dan boleh menyebabkan kesan yang lebih buruk kepada kita. Sebagai contoh, pelupusan spesies haiwan seperti harimau, gajah dan sebagainya yang disebabkan oleh perbuatan manusia dan juga pencemaran sebegini. Perkara ini boleh dibukti lagi apabila kajian Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) menyatakan bahawa dalam 100,000 hidupan marin mati setiap tahun akibat daripada pembuangan sisa toksik yang tidak sistematik ini.
Selain itu, pembuangan sisa toksik yang tidak teratur ini juga boleh mendatangkan kesan kepada manusia. Antaranya, boleh membahayakan tahap kesihatan manusia. Sebagai contoh, logam berat seperti merkuri boleh merosakkan otak dan ginjal serta menyebabkan kecacatan kepada bayi. Perkara ini juga boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk jikalau dibiarkan begitu sahaja.
Walaubagaimanapun, kesan-kesan ini boleh diatasi jikalau ada suatu tindakkan daripada kita yang boleh membawa kebaikan kepada alam sekitar. Melalui program pendidikan, latihan dan maklumat pencemaran alam sekitar. Perkara ini boleh menjamin apabila adanya peribahasa pernah mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Konsep sebegini amatlah sesuai untuk mengatasi isu ini. Yang kedua adalah kita boleh mempertingkatkan sistem kawalan pencemaran negara bagi menyukarkan segelintir pihak yang cuba ingin mencetuskan pencemaran ini. Tindakan ini amatlah sesuai mengikut peredaran zaman pada masa kini.
Akhir kata, pencemaran ini boleh diatasi jikalau kita semua berganding bahu untuk membantu negara dalam membanteraskan mana-mana pihak yang cuba untuk mencetuskan pencemaran di negara kita. “Sayangilah Alam Semula Jadi”
35 Comments Add a Comment?
Aiman
Mantap, mesej yang disampaikan berkesan dan mudah difahami. Jom jaga alam sekitar
AMIRUL
penyampaian yg bagus bagi memberikan kesedaran terhadap masyarakat
Thaqif
Banyak maklumat baharu yang dapat saya perolehi daripada artikel ini sekaligus menanam kesedaran dalam diri saya untuk membanteras isu ini
Lan
Good info! Banyak perkara baru yang saya dapat pelajari.
Jai
Penulisan yang mantap, padat dan cukup ringkas. Semoga terus maju jaya!
Amri
Info yang menarik dan padu.
Muhd A.S
Alam sekitar patut kita jaga demi masa akan datang. Sayangilah alam sekitar
Wak
Rumusan yang lengkap , padat serta mudah difahami . Syabas.
aina
Terima kasih atas perkongsian yang memberikan kesedaran untuk terus menjaga alam semula jadi.
Zaryf
Perkongsian yang sangat berilmiah dan bermanfaat buat semua pihak
Harris
Bagus. Teruskan usaha bagus ni
Ainun
Input yg menarik dan mudah difahami. Banyak yg dapat dipelajari dari artikel ni. Teruskan usaha anda memberi kesedaran kepada orang ramai untuk membendung isu ini.
lepk
Info yang baik dan bermanfaat
lepk
Info yang baik dan bermanfaat
habibah
Sangat bagus penulisan ni,mesej yg disampaikan pon mudah difahami.Teruskan usaha.
Bib
Penulisan yg sangat bagus&dpt difahami dgn baik.Teruskan usaha
Siti hajar
last topik ni diketengahkan ketika saya berada di sekolah rendah. saya pun lupa isu ni, terima kasih tuan sebab kembali ketengahkan isu penting ini. banyak ilmu dan input saya yang dapat dan bakal saya aplikasikan dalam sarjana muda saya.
Aidil
Idea and penyampaian yg bernas..plus poster yg menarik terbaik ahh👍🏻
Aminuddin
mesej yg disampaikan mudah utk difahami
DANIEL
Mesej yang disampaikan mudah difahami Dan sangat memberi manfaat kepada semua masyarakat
Aida
Congrats for the good article. Saya berminat dengan point pembuangan sisa toksik yang dinyatakan dalam artikel tersebut. Sebagai contoh, Sungai Kim Kim di pasir gudang yang mengakibatkan ramai pihak terkesan seperti mengalami sesak nafas, muntah muntah dan sebagainya. Saya yakin melalui artikel ini mungkin dapat mengajak ramai pihak untuk sama sama menjaga alam sekitar.
Adilah
👍🏼 Bagus ulasannya.. Harap-harap penulisan ni dapat sambutan sebab penting sangat untuk kita jaga alam sekitar dan di samping itu juga dapat jaga diri kita.. Kita perlukan kesedaran sebab dah banyak pencemaran yang berlaku di sekeliling hingga menyebabkan kesan yang serius untuk alam dan kita.
Cekedutt
Penyampaian yang diberikan sangat bagus dan mudah difahami oleh pembaca.Semoga terus maju jaya
Azah
Maklumat mudah difahami dan sangat berkesan untuk masyarakat
chan
mesej yang ringkas tapi padat dengan info serta gaya penulisan yang mantap
Fizzah
Betul, mesej yang sangat tepat. Bumi kita sudah semakin tenat.
yus
Good info for me & for everyone! Isi yang tepat & padat, senang difahami.
Ummu
Mesej yg disampaikan menepati dengan situasi yg sedang berlaku di negara ini. Masalah pencemaran sememangnya perlu diketengahkan untuk menyedarkan org ramai agar menjadi masyarakat yang bertanggungjawab.
Firdaus
Perkongsian tentang bahayanya pencemaran sisa toksik yang amat penting untuk generasi kini dan akan datang supaya mereka dapat menanam rasa cinta terhadap alam sekitar iaitu flora dan fauna. Syabas !!!
Muhd firdaus
Info yg baik ... Tq share ilmu
ter
penyampaian yang menarik
Dijah
Good info!! Jom jagaa alam sekitar untuk kebaikan kita semua.
Farah Khairiah
Isi yang menarik👍
Rusydi
Insaf sekejap.. selepas ini kita kena lebih concern jaga alam sekitar
HM
Terima kasih atas infonya.. Moga masyarakat kita lebih faham akan bahaya sisa toksik ini.